KOPERASI MERUPAKAN SEBUAH PERTUBUHAN YANG DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA KOPERASI 1993 DENGAN BERMATLAMAT UNTUK MENINGKATKAN KEPENTINGAN EKONOMI ANGGOTA-ANGGOTANYA MELALUI AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERDASARKAN LANDASAN KOPERASI.
KOPERASI BERGERAK BERLANDASKAN KEPADA 7 PRINSIP :
1. KEANGGOTAAN SUKARELA DAN TERBUKA
2. KAWALAN DEMOKRATIK OLEH ANGGOTA
3. PENGLIBATAN EKONOMI ANGGOTA
4. AUTONOMI DAN KEBEBASAN
5. PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT
6. KERJASAMA ANTARA KOPERASI DAN
7. PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT

Fungsi Dan Aktiviti Koperasi
Kewangan dan Perbankan
Koperasi dengan fungsi kewangan dan perbankan telah mempelopori perkembangan gerakan koperasi sejak tahun 1920an. Koperasi fungsi ini menjalankan aktiviti kewangan iaitu menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang berpatutan. Aktiviti lain di bawah fungsi ini ialah pajak gadai secara islam (Ar-Rahnu), pelaburan dan perkhidmatan insuran. Anggota-anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang bergaji tetap terutamanya di sektor awam, badan berkanun dan swasta. Pada masa ini 2 buah koperasi yang khusus menjalankan fungsi perbankan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Persatuan Malaysia Berhad.
Perumahan
Tumpuan koperasi jenis ini ialah menjalankan projek-projek perumahan untuk anggota-anggotanya. Kebanyakan projek bertumpu kepada rumah berkos rendah dan sederhana. Harga jualan rumah-rumah ini adalah di dalam lingkungan keupayaan anggota dan pada umumnya sekitar 20% hingga 30% lebih rendah daripada harga yang lazimnya ditawarkan di pasaran.
Pengguna
Tujuan utama koperasi fungsi pengguna adalah untuk membantu anggota-anggotanya mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Di antara aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini adalah seperti pasar mini, pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, kedai alatan rumah dan lain-lain.
Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di kalangan pelajar. Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer.
Pengangkutan
Sebahagian besar koperasi fungsi pengangkutan adalah terdiri daripada koperasi di rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti mengangkut hasil pertanian ke kilang pemprosesan. Selain daripada koperasi peserta rancangan, koperasi lain yang menjalankan fungsi pengangkutan adalah seperti koperasi pengusaha teksi, pengusaha bas dan lori.
Peladangan
Koperasiyang didaftarkan di bawah fungsi peladangan menjalankan aktiviti pembangunan dan pengurusan tanah pertanian. Di antara tanaman utama yang diusahakan
oleh koperasi-koperasi ini ialah getah, kelapa sawit, nanas, koko dan sayur-sayuran.
Perindustrian
Sebahagian besar koperasi fungsi perindustrian adalah terdiri daripada koperasi-koperasi yang menjalankan kegiatan industri kecil yang lebih dikenali sebagai Koperasi Industri Kampung (KIK). KIK ditubuhkan bertujuan mengumpulkan sumber-sumber untuk mengeluar, memasar dan menghasilkan barangan daripada hasil anyaman, barangan hiasan tembikar dan perak dan barangan perabot.
Pembinaan
Koperasi fungsi pembinaan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jambatan kecil, jalan-jalan dan kerja penyelenggaraan umum. Di antara koperasi-koperasi yang terlibat dengan kegiatan pembinaan ialah Koperasi Pembangunan Daerah (KPD), koperasi di rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA.
Perkhidmatan
Koperasi fungsi perkhidmatan merupakan koperasi-koperasi yang di dalam aktiviti dan kegiatan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna, perladangan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perumahan. Di antara perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi ini ialah pengurusan dana, penyelenggaraan bangunan dan kawasan perumahan, sewaan bangunan/ lot-lot gerai, pusat asuhan kanak-kanak, kelas komputer, pusat pembayaran bil dan seumpamanya.

SENARAI TUGAS AHLI LEMBAGA KOPERASI
Tugas Pengerusi :
1. mempengerusikan semua mesyuarat lembaga
2. menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga
3. memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut peraturan bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani
4. memanggil sendiri atau melalui setiausaha , mesyuarat lembaga bila perlu
5. mengarahkan jawatan kuasa audit dalaman supaya memeriksa buku , rekod dan dokumen koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada lembaga
6. menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota lembaga
7. menyelia secara am pentadbiran , hal ehwal dan pekerja koperasi
Tugas Setiausaha:
1. memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat lembaga dan mesyuarat jawatan kuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat
2. merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat
3. menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota , daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh Lembaga
4. menguruskan surat- menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga
5. mengesahkan bersama Pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku koperasi
6. menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi
7. menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa
( Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus tertakluk kepada persetujuan lembaga )
Tugas Bendahari :
1. mengendalikan semua urusan perdagangan dan perindustrian koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh lembaga.
2. menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan lembaga
3. menyimpan ke dalam bank atas nama koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh 24 jam hari bekerja daripada penerimaannya.
4. mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan lembaga
5. menyimpan dalam Akaun Wang Runcit , wang sebanyak yang diluluskan oleh lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
6. menyenggara dan menyimpan akaun koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
7. menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat lembaga
8. menyediakan belanjawan tahunan koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala butiran perbelanjaan dan pendapatan untuk ditimbang oleh lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan
9. menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.
Pengurus Belian :
1. mebuat tinjauan keperluan warga sekolah
2. mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
3. mencadang kepada lembaga koperasi barangan / perkhidmatan yang hendak dibeli
4. menguruskan pembelian barang /perkhidmatan atas permintaan lembaga
5. menyerahkan barang belian kepada bendahari untuk urusan merekod stok
6. menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri
7. menyimpan buku log belian
8. mengemaskini buku log belian
9. membuat laporan bulanan untuk belian
10.menyediakan dan membuat laporan belian dalam mesyuarat ALK.
11. memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan.
Pengurus Jualan :
1. menerima stok untuk jualan mingguan / bulanan dari Bendahari
2. memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
3. menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
4. menguruskan jualan harian di kedai koperasi
5. melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6. menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
7. mengira dan merekodkan hasil jualan harian / bulanan
8. menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
9. memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan berlangsung
10. menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
11. memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan
Pengurus Promosi :
1. membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui pamplet, perhimpunan atau blog koperasi.
2. membantu Pengurus Pendaftaran Ahli membuat promosi untuk menambah keahlian
3. membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi
Pengurus Pendaftaran Ahli :
1. membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli
2. membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli
3. melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga
4. menceriakan koperasi
Audit Dalaman :
1. memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi secara bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan
2. mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan
3. memberi laporan :
3.1 sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
3.2 perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan patut dilaporkan.
4. membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun iyu adalah mengikut akta , peraturan dan undang-undang kecil koperasi
5. melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada kerja pengauditan
6. memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang belum jelas ( jika ada ), nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi